SENTIASA BERSEDIA ( BE ON YOUR TOES)
Kebanyakan orang awam, dan pelanggan mengadu tentang kelemahan kerja Pengawal Keselamatan. Berita terbaru petikan dalam akhbar The Star bertajuk ‘ Be on your Toes’ atau ‘Sentiasa Bersedia’. Kita tidak boleh berfikir bahawa tiada apa-apa akan berlaku. Walau pun persepsi ini kadang kala benar, kita mesti sentiasa peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Dalam kalangan kita,ramai sentiasa menunjukkan sikap bertanggunjawab di dalam memikul tugas kerja namun ada juga segelintir daripada yang masih lewa dalam menjalankan tugas.
Oleh itu, sikap ini telah menjejaskan pandangan orang luar terhadap mutu kerja kita. Bak kata pepatah “ kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Perkara tersebut tidak seharusnya berlaku di dalam syarikat ini dan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyangkal pandangan negatif ini. Apabila memulakan kerjaya sebagai Pengawal Keselamatan (PK) mesti mempelajari latihan asas sebagai pengawal keselamatan. Antara tugas asas adalah menahan pelawat-pelawat yang tiada pas pelawat, pelekat kenderaan dan yang tiada urusan dalam premis tersebut. Pendek kata, ikut S.O.P.
Syarikat Sri Lara Joint Security juga ingin menegaskan di sini bahawa bertapa pentingnya kewibawaan , disiplin kerja, toleransi, jati diri dan komitmen dalam tugas . Sehubungan dengan itu, pihak majikan atau pihak pengurusan akan kecewa jika melihat seorang PK tidak mengikut S.O.P ketika menjalankan tugas seperti tidak menahan atau mendaftar kenderaan yang keluar masuk kawasan, tidak bertanyakan pelawat alamat yang ingin dituju dan sebagainya. Rekod ini adalah penting terutamanya jika berlaku kejadian rompakan, ragut, penculikan dan akan digunakan untuk siasatan oleh pelanggan dan polis.
Tahun 2011 semakin hampir melabuhkan tirainya, dan apa yang membanggakan Syarikat Sri Lara masih mendapat banyak kepercayaan daripada banyak pihak yang memerlukan perkhidmatan kawalan keselamatan yang berkaliber. Misalnya di Ijm Laman Granview, Sri Suria Bukit Rimau dan Syarikat DIGI Malaysia di Selangor dan Kuala Lumpur. Oleh itu, menjadi tanggunjawab kita bersama bagi memastikan momentum ini lebih meningkat dan mentranformasikan kualiti kerja yang terbaik. Pengurus Syarikat Sri Lara di semua bahagian operasi hendaklah sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik. Salah satu antara tugas mereka adalah melantik PK yang berkualiti dan mempunyai sikap positif supaya tugasnya akan di lakukan dengan baik.
Pihak Pengurusan telah memastikan pendapatan pengawal sekarang adalah seimbang dengan kadar hidup semasa. Syarikat Sri Lara mampu membayar gaji sehari dari RM45.00 - RM50.00 (8 jam + 4 jam kerja lebih masa) dan jumlah pendapatan diterima oleh seorang pengawal keselamatan sekitar RM1,300.00 untuk 26 hari bekerja berbanding dengan gaji sebanyak RM900.00 sahaja sebelum ini. Kami juga masih berunding untuk mendapatkan kontrak baru di mana sehari gaji adalah RM58.00 di Kuala Lumpur. Kini setiap individu berjaya meraih pendapatan yang tinggi dan baik untuk menyara hidup keluarga masing-masing.
Pegawai mesti mengkaji keperluan 2 helai pakaian seragam amat penting bagi setiap seorang PK kerana jika hanya sehelai baju maka baju tersebut akan cepat kotor, berbau busuk dan tidak selesa dipakai. Lazimnya memakai pakaian seragam berserta beret dan beberapa aksesori keselamatan lain merupakan tanggungjawab pegawai dan pengawal sendiri. Syarikat Sri Lara Joint Security tidak menggalakkan pemakaian topi atau selipar pada waktu bertugas.
Pegawai “Compliance” akan membuat lawatan semakan kawasan (spot check) dari masa ke semasa dan dan daripada laporannya akan membantu pihak operasi mengawal operasi disetiap kawasan. Pihak Pengurusan akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pengawal yang didapati tidak menjalankan tugas dengan betul. Kami berharap semua pegawai menerima laporan atau teguran dari Pegawai “Compliance” dengan positif. Ini disebabkan segelintir dari pengawal yang bertugas malam masih melakukan beberapa kesalahan seperti tidur, keluar dari tempat kerja, tidak mematuhi S.O.P dan tidak memahami bidang tugas yang telah ditetapkan. Ada sesetengahnya hadir bekerja untuk memperolehi gaji lumayan tetapi tidak mahu bertanggungjawab dan hanya menganggap Syarikat Sri Lara menyamai syarikat kawalan keselamatan yang lain.
Sekitar bulan Ogos dan September 2011, Syarikat Sri Lara telah mengurangkan operasi “Homeguard” kerana Ibu Pejabat seringkali menerima jumlah kutipan yang lewat. Masalah ini timbul kerana kekurangan pengutip bil dan juga sikap pengutip bil yang sambil lewa terhadap tugas mereka. Sehubungan dengan itu, banyak kawasan “Homeguard” telah ditutup atau berlakunya pengurangan anggota. Kepentingan pengurusan adalah untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Syarikat. Oleh hal demikian, semua pegawai yang terlibat diminta membantu dalam kutipan wang yuran perkhidmatan kawalan keselamatan.
Disebabkan itu, dalam tempoh 2 bulan ini semua pegawai dan pengawal di minta memberi tumpuan untuk membantu syarikat agar tiada lagi penutupan “Homeguards”. Kesimpulannya, pegawai dan pengawal mesti melakukan kutipan wang setiap bulan untuk kawasan mereka. Amat ditegaskan bahawa tugas seorang pegawai jangan dianggap mudah sahaja kerana banyak kerja dan tanggungjawab yang mesti dipikul.
Beberapa pegawai baru telah diambil untuk bertugas dengan Syarikat Sri Lara, dan tidak kurangnya yang menamatkan perkhidmatan atau bersara. Kami menghargai setiap pengawal yang lama berkhidmat dan kini menamatkan perkhidmatan atau bersara dan kami juga menyambut baik kehadiran pegawai baru untuk meningkatkan operasi Sri Lara. Kami juga mengucapkan takziah kepada anggota yang meninggal dunia ketika bertugas.
Nama-nama pegawai baru antaranya adalah S.O Mohd Nizam dari Airfoil KD3, Sarjan Mat Nasir dari IJM Laman Granview, Syed dan Rasydan di SPK, Sarjan Anantha di Bkt.Jelutong, S.O Ragula di Indah Residence, Koordinator Kalanathan (DIGI, Subang Hi-Tech), En. Malayan Rajoo (DIGI), S.O Mohamad Ismail, S.O Che Puteh, S.O Sayuti di SPK dan sebagainya.
Kami dari Ibu Pejabat berharap menjelang tahun 2012 akan membawa lebih kecemerlangan dengan memperolehi lebih banyak projek statik dan dengan kadar bayaran yang tinggi iaitu RM7.00 sejam. Dengan ini pengawal yang berkaliber pasti mudah diperolehi dan syarikat dapat membayar gaji yang lumayan. Antara langkah-langkah yang akan diambil adalah seperti berikut :
I. Setiap kali berlaku ketidakhadiran/tidak hadir bertugas, pihak Syarikat akan mengalami kerugian dari segi pendapatan. Adalah lebih baik mempunyai ramai pekerja yang tinggal di asrama.Antara asrama yang terdapat ialah di Puchong, Batu Tiga, Bukit Tinggi, Medan Damansara, Kepong, Sri Suria, Kota Damansara, Sunway Kayangan, Bkt Jelutong, Sri Muda dan Sri Kembangan. Fokus terkini adalah untuk menarik lebih ramai pengawal-pengawal dari luar bandar berhijrah ke Kuala Lumpur dan tinggal di asrama.
II. Tidak dibenarkan semua anggota mengambil cuti serentak terutama pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti mingguan. Hanya dua orang sahaja dibenarkan mengambil cuti untuk setiap lokasi kawalan, setiap hari.
Asrama mesti sentiasa berada dalam keadaan bersih dan baik. Setiap asrama mempunyai S.O.P dan adalah menjadi tanggungjawab penghuni supaya mematuhi S.O.P. Adalah diharapkan agar pegawai sentiasa memeriksa asrama tersebut. Sekiranya didapati asrama adalah kotor, maka ini menunjukkan pegawai yang berkenaan gagal menjalankan tugas pemeriksaan.
Selain daripada itu, Syarikat mempunyai beberapa orang Nepal yang bertugas dengan jangkamasa yang panjang dan masa bekerja yang berpatutan. Adalah diharapkan agar semua pengawal tempatan boleh bekerjasama dengan pekerja Nepal di tempat kerja. Ini disebabkan kadangkala pekerja Nepal akan dibuli oleh pekerja tempatan. Walau pun mereka adalah orang asing, sumbangan mereka amat penting untuk syarikat. Pegawai dan PK sentiasa menjaga nama baik Syarikat Sri Lara kerana kerja berpasukan/berkumpulan, keprihatinan dan menepati waktu bertugas adalah amat penting sekali.Satu perbezaan antara pengawal yang baik dan pengawal yang bukan adalah dari cara percakapan. Budi bahasa dan sopan santun adalah ciri positif kerja harian yang sepatutnya dipraktikkan. Berdiri tegak apabila ternampak pelanggan, jangan merokok di depan pelanggan, sering berganding bahu (kerjasama) dan mementingkan perkhidmatan yang baik untuk pelanggan. Ditegaskan di sini bahawa kerja berkumpulan/satu pasukan adalah amat penting.
Tiga format baru akan dikeluarkan iaitu :
- Borang Hadir Ke Pejabat – Borang ini boleh di perolehi daripada pegawai di lokasi dan borang tersebut perlu dibawa apabila hadir ke Ibu Pejabat bagi sebarang urusan.
- Borang kurang baju dan aksesori – Borang ini perlu di isikan oleh pegawai dan serah pada Ibu Pejabat
- Borang latihan / Roll Call – Borang ini akan diuruskan oleh pegawai setiap kali hri Isnin bila ada taklimat oleh pegawai.
Latihan amat penting di unit-unit (lokasi-lokasi) yang sedia ada. Adalah disarankan supaya pegawai mengadakan ‘Roll Call’ pada setiap pagi hari Isnin, lengkapkan borang ‘Roll Call’ dan kemukakan ke Ibu Pejabat.
Lokasi kawalan keselamatan di Digi Subang Hi-Tech Batu Tiga, Shah Alam misalnya mengadakan latihan di bilik latihan Digi setiap 2 minggu. Latihan ini bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman/kesedaran perkhidmatan kawalan keselamatan di Digi. Lebih 20 orang PK yang diambil bertugas di Digi, Subang Hi-Tech, Batu 3, Shah Alam.
Pihak Syarikat amat berbangga dengan usaha gigih pegawai-pegawai antaranya adalah Sarjan Navaratnasingam, S.O Danny Frankie, S.O Edmond Sarugasen, KPL Asmandi, UM Murti, Sarjan Zulkefle, Sarjan Salahudin, S.O Mohd Alwi, Sarjan Krishnan dan S.O Xavier bagi menjalankan tugasan menghantar dan mengambil pulang pekerja dari asrama ke tempat kerja dan sebaliknya.
Transformasi syarikat Sri Lara Security adalah penting untuk maju depan dan bukan menjadi bankrupt. Kami kena potong perbelanjaan seperti minyak petrol,tol, sewa kereta, unniform dan selebihnya. Bagaimana dengan tahun 2012? Bolehkah kami mendapat lebih projek statik dengan bayaran yang tinggi? Dua aspek untuk maju terus di tahun 2012 adalah “Hardware” dan “Software”. “Hardware” adalah sumber manusia dan “Software” adalah pengurusan dan jenama servis kami. Pegawai mesti memilki latihan yang mencukupiuntuk bersaing dengan syarikat-syarikat lain.
SELAMAT MAJU JAYA!
SEKIAN TERIMA KASIH.
ENCIK RAJ (GM SRI LARA JOINT SECURITY)
Encik Thomas dari ‘Call Centre’ mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas and Selamat Tahun Baru, 2012!
Latihan di DIGI Hi-Tech Park, Subang. Sarjan Che Puteh
“Dog Unit” yang diketuai Pegawai “Compliance” Encik Ramanan.
Antara PK di Bangsar
Airfoil Kota Damansara